Monday, 12 December 2016

6 Tips Penjagaan Rambut

Assalamualaikum...

Hari ni Kak D nak sharekan tips 6 tips penjagaan rambut boleh diikuti oleh semua..

#Tips 1 : Gunakan Pencuci Rambut Yang Sesuai
Banyak produk pencuci rambut (syampu) di pasaran..tapi AWAS kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukannya penjagaan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.


#Tips 2 : Jauhi Rawatan Rambut yang Menggunakan Bahan Kimia
Cuba elakkan membuat rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.


#Tips 3 : Cuci Rambut Setiap Hari dengan Syampu
Rambut hendaklah dicuci setiap hari dengan syampu. Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui hal ini..malah mereka sudah dibiasakan dengan MITOS bahawa mencuci rambut setiap hari boleh merosakkan rambut.

Mencuci rambut setiap hari adalah asas dalam penjagaan permukaan rambut.sebab itu penting dalam pemilihan syampu yang sesuai.


# Tips 4 : Gunakan Minyak Perapi Yang Betul
Selain mitos tentang mencuci rambut, penggunaan minyak perapi yang salah pada rambut juga boleh menyebabkan rambut rosak. Sebetulnya minyak perapi hanya digunakan pada rambut hingga ke hujungnya sahaja. Elakkan terkena sehingga ke akar rambut. Biarkan selama dua hingga tiga minit sebelum membilas kesan minyak dengan air bersih.


#Tips 5 : Amalan Pemakanan Yang Betul
Yang ni tips paling penting..jagaan dalaman untuk dapatkan rambut yang sihat. JAUHI makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.

Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat,PASTIKAN anda mengambil makanan yang mengandungi protein ( dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang dan sebagainya) dan zink ( dari sumber sayuran hijau serta organ dalaman haiwan) serta vitamin C & B( dari sumber buah-buahan dan sayuran).

#Tips 6 : Gaya Hidup
Tekanan juga menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.

Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat yang mencukupi dan jauhi dari punca tekanan. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. Waktu tidur yang sesuai adalah jam 10.00 malam atau lebih awal. Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Bertudung

Assalamualaikum,

Hari ni Kak D nak sharekan tips penjagaan rambut bagi wanita yang bertudung..

1. Keringkan Rambut Secara Semulajadi
Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.
Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan.

2. Pilih Kain Tudung Yang Lembut
Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.
Kalau selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar.

3. Rehat Dulu
Bila sampai je di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala “bernafas” terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
Just rileks dan berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja yang berat kerana ianya akan berpeluh. Kalau ada air-cond lebih baik! Switch on aircond dan berbaring sebentar. Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh!

4. Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada
Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa best sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh.
Apapun masalah yang dialami, sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika kita sendiri tak mencari penyelesaiannya.
Kalau tak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, boleh gunakan produk rawatan rambut herba yang ada di pasaran. Tapi pastikan dulu ianya herba dan halal, dan paling penting berkesan. Jangan main cuba-cuba sebarangan takut daripada nak jadi elok jadi lebih teruk pula.